Doktor Kembar?

Salam dears,
Selamat datang ke klinik Doktor Kembar.  Boleh request ye nak dirawat oleh Dr Fahmi, Dr Faris atau Dr Fauzi.  Kelulusan doktor ni semua sama je, masing masing 'pakar'...pakar buat semak samun dalam 'klinik' hehehe

 Tiga orang doktor yang sedang sibuk dengan tugas masing-masing

 Pakai spek baru nampak intelligent skit kan? hehehe

 Dr Fauzi tengah bagi Dr Faris makan ubat

Dr Fauzi check jantung sapa tu?

Dr Fahmi

Bukak mulut...aaaaaa...

Keadaan 'klinik' yang bersepah lepas 'doktor' semua dah boring, 
jawabnya 'nurse' laa yang kena kemas pasni *sigh*

Saja je Mama belikan medical playset tu, sebab masa kat hospital hari tu tengok si Fahmi & Faris minat sangat ngan stetoskop.  Siap ambik stetoskop and check doktor lagik hehehe.

Tapi beli playset murah jer, esok rosak lah tu.  Dapat berangan jadi mak doktor buat sehari dua pun jadik lah hehehe.  Kalau besar nanti tiga tiga orang budak tecik ni jadik doktor betul betul pun best gak kan, sorang pakar bedah, sorang pakar kanak kanak, sorang pakar jantung..wahhh gempakkk! ;-)


Labels: ,