Dah Boleh Kluar :-)

Salam dears,
Faris dah boleh kluar wad petang ni, Alhamdulillah. Hari ni parents-in-law Mama yang menjaga si Faris di wad, and tadi mak mertua Mama bagitau doctor kata Faris dah boleh balik, yay yay!  :-)

And Alhamdulillah smalam si Faris ni dah boleh makan & minum dengan elok dah.  Mak mertua Mama kata seharian dia dok mengunyah itu ini, agaknya kemaruk banyak hari tak makan kot.  Pastu dia happy je berjalan keliling wad dok tegur nurse sana sini kata "Hi laling! Hi laling!".  Pandai mengorat lah anak Mama nih heheheh

Alhamdulillah, syukur sangat sangat dia dah kembali sihat.  Cuma sekarang kena pantau betul betul supaya tak terbejangkit kat lagi dua orang lah, sebab doktor kata the bacteria is still in the mouth, still infectious.  So kena make sure diorang tak berkongsi apa apa sudu garpu, botol, makanan minuman etc etc.  

Ni some pics yang Mama sempat snap malam semalam kat hospital...

Tengok dia minum air kosong pun Mama jadi rasa happy sangat sangat hehe

 Setelah seminggu masam mencuka jer, akhirnya dia kembali tersenyum hehe
Bahagianya rasa bila tengok senyuman manis budak tecik nih :-)

Moga moga si kembar tiga orang ni akan terus sihat & ceria seperti biasa, Amin...

Labels: ,