Salam dears,
Bayangkan camna susah payah yang terpaksa dihadapi untuk membesarkan anak kembar tiga dengan pendapatan hanya RM400 sebulan? Nak beli pampers, susu and keperluan lain untuk tiga orang bayi serentak, mana laa nak cukup dengan RM400 tu je kan.
Tapi itulah realiti yang dihadapi oleh En Mansor & keluarganya, seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia baru baru ni. Berita leh baca kat sini: Dibelenggu masalah kewangan
Mansor Ibrahim meriba Nurul Farisha dan Yusniza Yusof memangku Nurul Fasihah dan Nurul Farishah bersama Mohd. Adam Haikal di rumahnya di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling, Kedah, semalam. – BERNAMA
First time Mama baca berita tu, Mama yang termenung memikirkan membayangkan camna dia sara hidup sekeluarga dengan hanya RM400 tu? Especially sebab Mama sendiri ada anak kembar tiga gak, and RM400 is definitely not enough. Dah laa dia ada lagi sorang anak umur 3 tahun...
Hati tersentuh bila En Mansor tu kata dia langsung tak dapat nak buat apa apa persiapan untuk raya ni. Di kala kita semua tengah sibuk pikir nak shopping baju baru, nak beli kuih muih itu ini, tapi dia and family camna? Maybe dia hanya pikir camna nak survive nak beli susu untuk anak anaknya esok? :-(
Jadi jom laa kita sama sama hulurkan bantuan untuk keluarga En Mansor. Tak banyak pun takpa. Kalau setiap seorang yang baca blog ni derma RM5 je pun, kalau 300 orang dah RM1,500 dah kan?
Cam kata Abah AMRAFAHAN, moga moga dengan usaha yang kecil ini dapat membantu keluarga beliau menyara dan menjaga anak-anaknya dengan sempurna. InsyaAllah.
Bantuan boleh diberikan melalui:
Akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim: 02-048-02-051121-2
Atau disalurkan terus ke
Alamat: Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
No HP: 013-4214573
**********************************
Nota (copied from blog AMRAFAHAN):
**No. akaun, alamat dan no telefon adalah hasil usaha sahabat sahabat saya di
Kelab Kembar Malaysia. Moga aktiviti kemasyarakatan seperti ini menjadi agenda utama kelab kami. Kami juga ada mengadakan kutipan sesama ahli untuk disalurkan kepada keluarga ini. InsyaAllah setiap bantuan yang dihulurkan diberikan pahala yang banyak oleh Allah SWT. Amin..
Labels: information