Kerjaaasamaaa!

Salam dears,
Dilaporkan bahawa Encik Faris, dengan bantuan rakan rakan sepasukannya, telah menyelesaikan misi memanjat meja dengan jayanya, walaupun misi tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Misi bermula dengan Encik Faris & Encik Fahmi yang sama sama berusaha memanjat.

Encik Fahmi dah mengalah, tapi Encik Faris masih meneruskan perjuangan.

Melihat kesukaran yang dihadapi Encik Faris, Encik Fahmi tampil memberikan bantuan. I push, u climb.


Kemudiannya Encik Fauzi pun turut sama menghulurkan bantuan. 

Setelah mendapat bantuan daripada rakan rakan sepasukannya, maka Encik Faris pun berjaya memanjat meja tersebut.  Malangnya tiada gambar beliau meraikan kejayaan yang dapat dirakamkan kerana pihak berkuasa merangkap Mamarazzi sedang sibuk menjalankan aktiviti membanteras and membawa turun Encik Faris daripada meja tersebut sebelum dia melompat turun dan tergolek.

Daripada pemerhatian pihak berkuasa, dapat disimpulkan bahawa...sila nyanyikan mengikut rentak Wonderpets yer...  

Apa yang penting?  Kerjaaasamaaa! 

Lagi skali kawan-kawan... 

Apa yang penting?  Kerjaaasamaaa!

Hooyeah! hehehe ;-)
 

Labels: ,