Happy Tapi Terkilan...

Salam dears,
Disebabkan si kembar ni asyik dok belek selipar orang kat taska yang ada gambar action figure segala jenis 'men', so Mama pun dengan penuh semangat mencari selipar yang ada gambar camtu untuk diorang.  

Punya laa susah nya nak cari saiz bebudak tecik nih, yang dok jumpa banyak saiz untuk budak besar jer.  And bila dah jumpa pun, nak dapatkan 3 pasang yang sama sejibik lagi laa susah.   

Cari punya cari, dapat laa 3 pasang selipar Ben 10 kat Jusco.  Masa nak beli, Mama tak bawak si kembar, just bandingkan saiz tapak selipar tu dengan selipar Disney yang diorang dok pakai skarang.  

Ishh punya laa happy Mama time tu sebab dapat jugak belikan untuk si kembar.  On the way balik umah dah siap terbayang dah senyuman anak anak bila dapat selipar tu nanti hehehe.  Bila bagi kat si kembar, memang laa diorang excited kemain lagi.  Senyuman masing masing time nampak selipar tu sangat priceless, seronok aii tengok :-)

 Cute kan?

 Masing masing dah tak sabar nak pakai.

 Punya laa suka, sampai tapak pun dibeleknya hehehe

Malangnya, sekejap jer diorang pakai.  Nope, bukan sebab tercabut or rosak.  Tapi sebab...

 Selipar tu kecik! uwaa!...

Dah tak muat nak pakai, Fauzi lepaking sambil belek belek je laa selipar tu.  Cian :-(

Punya laaa terkilannya Mama rasa, sebab excited aii belikan selipar tu tup tup kecik plak.  Sian sangat kat si kembar tak dapat pakai huhuhu.  Tapi walaupun kecik, diorang sempat gak laa melaram keliling umah seround dua hehehe.  Pastu Mama ambik simpan and mintak Ayah pi tukar saiz, sebab resit, tag & even sticker saiz selipar tu pun Mama blum buang.  

Malangnya, bila pi tukar, saiz yang fit fit ngan diorang cuma ada sepasang jer.  Aiseh apa nak buat?  Abihnya Mama suh Ayah ambik je laa 3 pasang yang besar pun takpa, at least leh simpan dulu, lenkali baru bagi kat si kembar. 

So for now, bermula laa semula pencarian selipar yang ada gambar action figures untuk si kembar ni.  Harap harap dapat laa jumpa, sebab selagi tak jumpa, selagi tu laa Mama & Ayah rasa tak puas hati.  

Hmmm mak bapak memang camni kan, selagi tak dapat belikan benda yang anak anak minat sangat, selagi tu laa kita yang tak senang duduk kan?

Labels: ,