Kaki Auta!

Salam dears,
Dah 2 hari Mama tak update blog, tetiba hari ni tringat nak story kat korang tentang crita yang dah nak basi, layan kan je laa yer :-)

Hari Jumaat lepas, masa ambik si kembar dari taska, cikgu Sal (salah sorang cikgu si kembar) sibuk crita kat Mama tentang perangai si Faris.  Katanya petang tu masa Faris tengah dok golek golek tengok tv, si Fauzi terpijak kaki Faris.  Si Faris ni apa lagi, penuh dramatik meraung "akit...akit".  Pastu tak leh bangun berjalan, nak pi mana mana pun suh cikgu dukung, akit kaki katanya.  

Cikgu pun panik gak laa, risau kot kot kaki terseliuh ke apa ke and dah nak call bagitau Mama dah.  Iyer laa kan, dah tengok Faris asyik berbaring je tak leh jalan, pastu skit skit kata kaki akit...akit...mau tak panik cikgu semua.  

Tapi kebetulan plak time cikgu Sal nak call Mama, ada cikgu lagi sorang jerit ajak semua budak budak pi main kat luar / laman.  Bila dengar je nih, si Faris yang dari tadi dok terbaring tetiba je terus bangun berlari ke pintu join bebudak lain!  Ehhh elok plak dia berlari, takdak rupa orang sakit langsung pun, terkejut cikgu Sal tengok.

Laaa rupa rupa nya dia sudah auta (kelentong) sama cikgu cikgu semua!  Saja je dia kasi panik semua cikgu hehehe.  Memang pelakon handalan la budak tecik sorang nih hehehe

Masa cikgu crita tu Mama memang tak tahan nak gelak, padahal cian gak tengok muka cikgu yang beriya iya crita betapa paniknya dia time kena auta ngan Faris tuh hehehe.  Ishhh anak Mama nih, kecik kecik dah pandai kenakan orang, dah besar nanti camna laa yer?  Jangan asyik dok kelentong Mama dah laa, kecik kecik comei ler, dah besar nanti jangan yer sayang...

Hmm notti boy kan si Faris tu?  Ehh...bukan notti laa tapi very d cheeky, kan, kan?

Labels: