Boys Will Be Boys...

Salam dears,
Boys will be boys - kalau dah 'terlepas' kat dalam arked video games, memang laa terus lupa diri *sigh*.  Ngan bapak budak pun sama naik jer hehehe ;-)

Skrin kat depan, tapi tembaknya ke blakang... *sigh*

Fauzi takut tak cukup duit nak main game hehehe

 
Terbalik laa pistol tu sayang oiii!

Hmm...anak Ayah! ;-)

Tatau laa apa yang diketuknya, bukannya masukkan duit pun tu hehe

Sama naik je anak beranak

Berebut!

Fauzi lari panjat meja sebab tanak balik hehehe

Turn Fahmi plak meraung tanak balik *sigh*

Sebenarnya ni pics hari Ahad lepas time si kembar 'teman' Mama pi kedai buat spek sebab spek lama dah patah.  Memandangkan budak tecik 3 orang ni pakat meraung secara berjemaah and buat perangai sampai Mama tak aman memilih spek, Ayah terpaksa laa bawak diorang ke arked games tu untuk bagi diorang cool down. 

Ingatkan dapat laa Mama take time pilih spek yang betul betul sesuai, maklum lah nak buat spek bukannya murah, beratus hinggit tau sebab power tinggi tak leh pilih yang special promo nye.  Malangnya tak sampai 15 minit Ayah dah buat panggilan kecemasan "Dah siap belum? Budak budak dah tak terkawal nih!".  Adoi laaa... kelam kabut Mama ambik je frame mana mana, cek cek mata & terus bayar full.  

Bila dah balik umah baru terpikir, sebenarnya Mama tak ingat pun frame spek camna yang Mama beli tu.  Nasib baik laa masa pi ambik spek yang dah siap malam smalam, tengok tengok berkenan, fuhh legaa!  And baru sedar rupanya Mama beli spek yang half frame and kat kaki frame tu siap ada design bunga bunga & diamonds lagik uuu... brand Lee Cooper plak tu, sebelum ni tak pernah aii pakai spek branded tau...hehehe

Hmmm semua si kembar punya pasal laa nih.  Lain kali kalau nak pi buat spek, konpem tak leh bawak diorang!  Dah tau dah sure heboh & kecoh! :-)

Labels: ,