Keletihan

Salam dears,
Mama memulakan hari ni dengan rasa letih yang amat, datang keja ni pun tak dak semangat.  Semuanya sebab menjaga si Fahmi and Fauzi yang tak sihat semalam.

Yesterday bangun pagi je si Fauzi dah start muntah muntah, sakit perut agaknya.  Sebab sebelum dia muntah tu Mama dengar perut dia berbunyi bunyi punya laa kuat, banyak angin.  Sepanjang hari rasanya 4 kali gak dia muntah.  Yang si Fahmi plak, dok batuk batuk, dari last week lagi dia tak brapa sihat.  Bila batuk banyak, akan muntah muntah jugak. 

And bila tak sihat, tak sedap badan, budak budak ni memang asyik merengek je laa kejanya.  Si Faris yang ok tak dak apa apa pun join skaki buat perangai.  Aduhai letih rasanya melayan tiga orang budak tecik yang asyik meragam.  Dah laa seharian Mama sorang je menjaga si kembar sebab Ayah kena pi keja.  Memang Mama rasa kelam kabut tak menang tangan nak buat semuanya sorang sorang.  Bila layan sorang, yang lagi dua orang mengamuk, kecoh!

Malamnya plak, si Fauzi muntah lagi kat tempat tido and kali ni dia termuntah atas si Faris plak dah.  Abih dua dua orang kena cuci badan tengah tengah malam tuh.  Tapi yang lawaknya, Faris happy je siap nak main sapu sapu muntah si Fauzi yang ada kat baju dia, yuksss!  Gross betul lah anak Mama sorang tu hehehe.  Nasib baik dua dua nak ikut masuk tido balik lepas dah tukar baju semua.

Tapi start dari kul 2.30 pagi sampai laa ke pagi nih, si Fauzi asyik terbangun merengek rengek dok kata “akit…akit”.  Mama berulang kali sapu minyak yu yee kat perut dia and tepuk tepuk dia baru dia leh tido, tapi tak nyenyak.  Sian sangat kat si tecik Mama tu.

Pagi tadi tengok muka diorang, rasa tak sampai hati nak hantar ke taska.  Tapi nak buat camna, Mama terpaksa gak datang keja.  Last 2 weeks dah 2 kali ambik emergency leave dah untuk si Fahmi.  Kalau kerap sangat EL, silap silap nanti kena potong gaji.  Lagipun, apa plak kata orang kat ofis, bukan semua orang yang paham and sympathetic ngan apa yang kita lalui kan? 

Jadi terpaksa lah harapkan cikgu kat taska untuk jaga diorang.  Mama dah pesan kat cikgu suh monitor & bagi ubat etc etc and pesan suh call immediately if ada apa apa.  Tapi, harap harapnya tak dak apa apa lah.  Moga moga anak anak Mama sentiasa sihat & happy, Amin.   

Hmm camni lah ibu yang bekerja, kerap kali torn between family & work kan? Ni lah agaknya orang kata ditelan mati emak, diluah mati bapak….  Tapi bersyukurlah kerana masih dikurniakan kedua duanya, Alhamdulillah :-)

Labels: ,