Chekguuu Korek Hidung & Kotak Kosong

Salam dears, 
Chekguuu korek hidung & kotak kosong???  Ishhh apa lah Mama nih, disgusting!  Ehh…bukan Mama lah, ni si kembar punya crita - perihal perangai terbaru si kembar ;-)

Chekguuu
Beberapa hari ni, si Fahmi panggil semua orang ‘chekguuu’.  Mama, Ayah, cikgu kat taska – semuanya chekguuu (sila sebut kasi dengung skit yer hehe).  Bila dia nak mintak something kat Mama, dia jerit lah “chekguuu nak air”, “chekguuu nak acu”, “chekguuu nak makan”…chekguuu ini, chekguuu itu lah. 

Mama buat dunno je, buat buat tak dengar.  Dia tak puas hati nanti dia datang laa tepuk tepuk Mama sambil jerit "chekguuu!".  Mama pandang dia and kata “Mama lah, bukan chekguuu”.   

Tapi dia just buat muka innocent, terkelip kelip pandang Mama and kata “huhhh? Chekguuu…nak air!”.  Cittt bertuah punya budak!  Orang kata Mama dia kata chekguuu jugak *sigh* 

Korek hidung
Ni si Faris punya perangai plak, lagi sorang budak bertuah hehe.  Sapa sapa yang rasa geli sila jangan baca yer.  

Alkisahnya a few days ago Mama nampak si Faris dengan bahagianya tengah korek hidung.  So Mama pun tepis laa tangan dia sambil kata “yuksss! Geli laaa! Eeiii yuksss!” and buat muka geli geleman kat dia.  Sronok plak dia tergelak gelak tengok expression Mama.  

After that, Ayah plak kantoikan si Faris tengah buat ‘projek’ tu and bagi reaction lebih kurang sama cam Mama, geli!  Si Faris happy lagik tengok reaction camtu.  

So skarang ni, saja saja je dia akan datang berdiri depan Mama or Ayah, and letak jari dia kat lobang hidung nya yang comel tu kunun kunun nak korek hidung.  Mengusik Mama & Ayah laa tuh.  Ishhh nottiii! hehehe 

Kotak Kosong
Tu crita Fahmi & Faris, Fauzi plak apa kes?  Si Fauzi sama cam biasa, bahagia dalam dunianya sendiri…and omen nya yang tersayang.  Punya lah obsess ngan omen, kotak CD omen yang kosong pun di usung kehulu kehilir, pegi taska pun bawak gak.  

Asyik laaa dok belek cover CD tu macam tengok gambar aweks cunggg hehehe… Tido pun bawak kotak cd kosong tu tau… nak mimpi jadi omen agaknya kot hehehe...

Hmmm apa apa je lah anak anak ku, asalkan korang bahagia :-)

Labels: ,