Apa Nasib Blog Ni Nanti?

Salam dears,
Mama dalam dilema skit nih.  Setelah kes problem Blogger/Blogspot minggu lepas, Mama tengah seriously considering nak beli domain & hosting sendiri.  And yang menjadi pilihan hati ni ialah pakej hosting dari NetKL sebab a few bloggers rekemen yang ni.  Harga pun not bad, RM70 untuk 1 year hosting plus 1 free domain.  Tadi pun dah berchatting online ngan salah sorang representative dari NetKl, memang friendly.

Tapi...yang dilema sekarang ialah:
- Kalau hosting berbayar, blog hanya akan wujud selagi kita bayar.  Once stop bayar atau tak renew ontime, blog tu akan terminated within 30 days and the domain will be open for sale to public after 80 days.  Maknanya, once stop bayar, then blog pun akan hilang laa kan?

- Kalau akaun blogspot yang free ni plak, nasib bergantung sepenuhnya pada pemilik/kompeni blogger.com.  Kalau diorang tetiba nak 'matikan' atau rombak blogger, blog kita totally at their mercy kan?  Taapiii....ada kemungkinan blog kita akan wujud selagi blogspot wujud.  Which could mean that there's a possibility that blog mamakembar3.blogspot.com could still be here even when I'm no longer alive, who knows kan? :-)

Niat di hati ni memang kalau boleh nak blog Mama ni wujud sampai bila bila, sampai anak pinak dah besar bercucu cicit leh lagi baca celoteh merapu kat sini sebagai kenang kenangan bila diri ni dah tiada, kunun kununnya camtu lah hehehe.  

But kalau beli hosting & tukar ke mamakembar.com plak, what if anything happens to me (mintak simpang lah) or Mama dah takdak nanti, and tak dak orang nak tolong continue bayar hosting, maka akan hilang lah blog Mama Kembar 3 ni?  Camtu ke?

Apa pendapat korang?  Bloggers sekalian, share your thoughts plssss :-)

p/s - Mama ni memang jenis yang suka pikir jauh ke depan ntah apa apa ntah, Ayah kata Mama ni spesis suka merisaukan diri sendiri hahaha! ;-)




Labels: ,