Susah Laa Camni Nak Ooiii!

Salam dears,
Ini crita pagi Ahad yang lepas, crita apa aktiviti si kembar sebaik saja bangun tido.  Pagi Ahad tu dalam kul 7 camtu Mama dengar suara Fahmi dok jerit (dengar melalui baby monitor) “haiii…kumm”…kiranya dia dok sebuk tegur bagi salam kat jiran katil sebelah dia, si Faris.  Pastu dengar si Fahmi goncang goncang katil Faris, nak kejutkan member cari geng laa tuh. 

Tak lama lepas tu dengar suara Faris plak jawab “lamm” (jawab salam laa nih).  Kejap je pastu, dengar bunyi katil kena goncang lagik, then suara Fauzi plak nyanyi “one two aii lebiuu”…hmm konpem tiga tiga dah bangun.  Tapi sebab diorang happy je dok berborak, nyanyi nyanyi and gelak kuk kik kuk kik, Mama pun biarkan je laaa diorang, tanak bawak kluar bilik lagi.  Sempat laa nak buat keja umah skit.

Dalam 20 minit gak laa Mama biarkan je diorang baru masuk nak angkat kluar.  Tapi masuk je bilik tu, punya terkezutnya aiii bila tengok keadaan camni….terus cepat cepat capai handphone snap snap pic.

 Si Fahmi dah dalam katil Faris! Siap cabut kelambu lagi tu haaa...

Errr… yang kelambu tercabut tu dah biasa dah, Mama dah tak heran sangat dah tengok.  Tapi bab panjat masuk katil orang lain tu memang first time.  Patut laa pakat bergelak ketawa gumbira bukan main lagi, berjaya masuk katil member sebelah rupanya huhuhu...

Nasib baik laa tak jatuh ke jadi apa apa ker.  Ishhh risau memikirkan kot kot pasni dia nak panjat kluar katil plak, kang jatuh terjelepok atas lantai tu susah laa nak oiii!  Hmmm adakah ini bermakna sudah tiba masanya untuk tukar katil diorang?  Aduhai anak anak ku, apsal laaa korang ni lasak sangat?  Make my blood go upstairs laaa like this… *sigh*

Labels: ,