Siapa Atuk???

Salam dears,
Pagi pagi time nak pi keja, kitorang slalunya akan terserempak ngan sorang jiran kat area parking keta.  Pakcik ni sangat laa suka kat si kembar, rajin melayan & kadang kadang bagi makanan laa mainan laa kat si kembar nih.  Anak anak dia semuanya pompuan, agaknya sebab tu laa dia suka melayan my heroes.  And bebudak ni plak, kalau dah orang rajin melayan, opkos laa diorang pun suka kan?  Diorang panggil pakcik ni atuk. 

Atuk ni kalau dengar je suara si kembar dok turun ke parking (maklumlah si kembar ni bila kluar umah je kecoh announce satu blok), then dia pun akan datang tunggu kat keta kitorang.  

Cam pagi tadi, time kitorang tengah berjalan ke keta, dah dengar suara atuk ni buat bunyi “meow…meowww” tapi tak nampak kelibat dia.  Si kembar ni apa lagi, terus excited tercari cari sambil dok tanya “huhh?? huhhh???” pastu jerit “atukk! atukk!”.  Elok je si Fauzi sampai dekat ngan keta, atuk tadi keluar dari blakang tiang & sergah si Fauzi. 

Opocottt terkujat si Fauzi terloncat tergedik gedik & gelak berdekah dekah sampai nak tergolek, memang cute & klakar giler aaa tengok tadi hehehe.  Pastu dengan excitednya tiga budak tecik ni main kejar kejar keliling keta ngan atuk tu, jenuh Mama & Ayah nak tangkap diorang letak dalam carseat.  Hisshhh blum pi keja Mama dah berpeluh peluh dah, habih mek up aii yang memang tak brapa nak ada nih tau hehehe

Anyway, atuk ni keja polis and dia salah sorang AJK kat apartment nih.  And rasanya dia in charge untuk tengok tengok kan security guards kat sini.  So slalu laa atuk ni melepak kat pondok guard.  Tiap tiap kali nampak pakcik ni kat pondok guard, Mama /Ayah akan bagitau si kembar “haa tu atuk tu”.  And si kembar memang konpem ramai ramai akan jerit “aaatukk! hai atukkk!!!!”. 

Tapi skarang ni kalau pakcik tu tak dak kat pondok guard pun, si kembar still akan sebut “atuk” jugak.  And…asal nampak pak guard or pondok guard kat tempat lain pun diorang akan panggil “atuk…atuk…”.  Haaa sudah…disebabkan atuk (jiran kitorang) tu selalu melepak kat pondok guard, maka si kembar ni dah associate panggilan atuk tu untuk pak guard jugak, yang muda remaja pun abih dipanggil atuk.  Adehhh terkonpius dah anak anak Mama nih *sigh*.

Berkali kali dah Mama try nak betulkan, tapi si kembar tanak dengar.  Cam smalam, Mama cakap kat Faris “tu bukan atuk, tu acik..uncle..” tapi Faris dengan tegasnya geleng geleng kepala kata “nanak! AAATUKKK!” pastu tampar sekuat hati.  Adehhh Mama yang salah, dia jugak yang betul huhuhu...  Nasib laa abang abang guards yang muda remaja tu tak kisah, malah siap melayan lagi walaupun dipanggil atuk!

So for now bagi si kembar ni, atuk itu ialah gelaran untuk (i) atuk diorang iaitu my father-in-law, (ii) atuk yang selalu tegur diorang kat parking i.e. jiran kitorang and (iii) SEMUA security guards termasuklah pondok guard skali!  Hmmm nasib baik laa korang cute si kembar oiii, korang panggil apa pun orang tak kisah hehehe ;-)

Labels: ,