Risau...

Salam dears,
Mama tengah risau skit nih, sebab si kembar sejak hari Isnin asyik batuk batuk jer.  Especially si Fahmi and Fauzi, bangun pagi batuk batuk sampai semput.  And dah dua malam berturut turut Fauzi terbangun tengah malam batuk sampai muntah muntah, sian sangat tengok dia.  Lepas dah muntah, lembik je badan tecik tuh.  Nasib baik bila dah bagi ubat puff Ventolin, pernafasan dia ok and dia leh tido balik. 

Si kembar ni kan ada asma, jadi bila diorang start batuk batuk camni, Mama memang risau takut melarat jadi asma attack yang teruk.  Dulu masa diorang kecik especially masa umur blum 1 tahun, boleh dikatakan tiap tiap bulan kena masuk wad, time tu hospital dah macam umah kedua kitorang.  

Because of that, doktor suggest kitorang beli mesin mini-nebulizer untuk guna bila perlu...nebulizer ni mesin gas yang slalu orang kena asma akan guna kat spital tuh.  Sejak ada nebulizer ni, memang memudahkan untuk keep under control asma diorang.  Alhamdulillah dah jarang sangat masuk wad.  And dah tak dak episod berangkut ramai ramai pagi pagi buta ke hospital bila semput.

Now Mama dah macam doktor tak bertauliah plak, tengok keadaan pernafasan naik turun dada diorang, dengar bunyi wheezing ke tak, batuk berkahak banyak ke tak, then dah leh agak brapa sukatan & kekerapan ubat yang perlu diberi.  Biasanya bila batuk yang bunyi lain macam skit Mama akan start bagi gas samada 6 hourly or 4 hourly, ikut keperluan lah.  Kat taska pun Mama akan pesan suh bagi ikut time jugak.  

So bila diorang batuk batuk camni, memang puff Ventolin and mesin nebulizer lah menjadi sahabat baik kitorang.  Harap harapnya dengan dua ubat ni, batuk batuk diorang kali ni akan cepat baik lah, moga moga tak melarat jadi asma yang teruk.  And jangan laa demam, sebab kalau demam then tandanya ada infection.  Hmm tak sanggup nak kluar masuk spital, duduk wad and paling tak tahan tengok diorang kena buat fisio & suction untuk kluar kan kahak, memang can break my heart lah tengok diorang meronta ronta menangis sekuat hati huhuhu...

Korang tolong sama sama doakan moga si kembar Fahmi, Faris and Fauzi sihat yer...thanks dears :-)

Labels: ,