Usaha, Tawakal, Redha!

Salam dears,
Sejak Mama mula berblog, banyak jugak terima email daripada kawan kawan bloggers and readers yang masih belum dikurniakan anak atau yang alami apa yang pernah Mama lalui dulu - kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) and keguguran.   Mama pernah crita kat sini.

Ada yang sekadar ingin berkongsi crita dan meluahkan perasaan masing masing.  Ada juga yang bertanya macam mana Mama hadapinya dulu, Mama tak sedih ke?  Mama tak emotional ke? Camna Mama kawal perasaan?

Memang tipu laa kalau Mama kata sepanjang almost 4 years menanti untuk dikurniakan zuriat Mama tak rasa sedih, tak rasa sunyi hidup berdua ja, tak rasa cemburu bila tengok orang lain yang ada anak.  Sebagai manusia biasa opkos laa tak dapat lari daripada semua perasaan tu.  Tambahan plak bila orang sekeliling bertanya soalan cepu mas 'dah ada isi?', 'merancang ke?', 'tanak anak ke?' and etc etc.

Bagi Mama, time yang paling emotional skali ialah masa ngandung luar rahim.   Bertambah tambah sedih bila mengenangkan tiub fallopio dah kena potong sebelah.  Memula tu nak pegi keja pun tak syok sebab tak sanggup rasanya bila tengok kawan kawan kat opis yang peknen or dengar crita pasal anak anak diorang.  Mama pernah termenangis sorang sorang kat restoran KFC, sambil dok makan sambil nangis hehehe.  Agaknya orang yang nampak Mama time tu mesti ingat ni pompuan gila ke apa ke nih *malu*.

Tapi Alhamdulillah tak lama Mama rasa camtu, tak lama bersedih.  Diantara sebab Mama became stronger ialah kata kata bos Mama masa tu.  Disaat orang lain dok pujuk Mama kata jangan laa sedih, jangan laa nangis...bos Mama ni plak sebaliknya. 

Dia kata kat Mama lebih kurang camni "Embrace your feelings, mourn your loss and be done with it.  Nangis laa sepuas puasnya sampai abih air mata, biar kluar segala duka dalam hati.  Tapi  lepas tu  MUST MOVE ON, fokus masa depan and do what u have to untuk dapatkan anak.  Mesti USAHA, TAWAKAL and lepas tu REDHA!".

And I took his advise.  Balik dari keja hari tu Mama pulun nangis puas puas, sampai bengkak lebam laa mata, rasa cam kering air mata nih hehehe.  Lepas tu Mama terus plan apa  usaha yang perlu dibuat.  Ayah pun ikut support je everything, korang boleh baca kat sini.  

The final turn around ialah bila Mama nampak orang peknen pun dah langsung tak terdetik rasa jeles ke 'bila plak turn aku' ke apa apa yang camtu dah.   Instead automatik akan terdoa dalam hati semoga ibu & anak yg dikandung tu sihat and feel genuinely happy for them, even though they are total strangers.  Agaknya itulah kot rasa redha yang betul betul redha :-)

So in a nutshell, jawapan kepada soalan camna kitorang hadapinya dulu ialah berpegang kepada prinsip USAHA, TAWAKAL dan REDHA.  Don't dwell on 'why it happened to me?', but focus on 'how can I make it better?'.  Sentiasa ingat bahawa tak ada org lain yang akan dapat tenangkan hati kita selain diri kita sendiri, jadi mesti kuatkan semangat.  Both husband and wife mesti support each other. 

 Our 1st family photo after almost 4 years of waiting :-)
(aiseh kurusnya Mama time tuh huhuhu....)

Lain orang lain dugaan yang Allah bagi, redhalah dengan ketentuan-Nya.  Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk kita.  InsyaAllah hati akan tenang...

Labels: