Friday, March 11, 2011

Safi Rania Gold Yang Best!


Salam dears,
Kali ni nak crita skit tentang produk penjagaan kulit Safi Rania Gold.  Mama start guna produk ni in November 2010 setelah baca kat blog Elly & Emmy.  Sebelum tu memang dok usha usha dah sebab ramai orang cakap produk ni bagus.  

Dulu Mama guna brand Shiseido UV White.  Tapi harganya quite expensive, setiap satu item harga RM120++, kalau satu set of 4 basic items (pencuci, toner, krim siang & krim malam) dah dekat RM500 harganya.  Setiap kali abih & nak top up 1 item pun kopak gak lah poket nih.

So bila dapat si kembar tiga Mama decided to change product.  Maklumlah anak ramai, kenalah adjust perbelanjaan and kat mana expenses yang boleh dikurangkan, cubalah kurangkan.   So Mama sentiasa mencari yang lebih murah.  Lagipun murah tak semestinya bermakna tak berkualiti kan?

Diantara brand lain yang Mama pernah cuba ialah Nivea, Olay, Neutrogena and a few more dah tak ingat apa brandnya.  Tapi semua cam tak brapa nak sesuai – samada tak nampak sebarang kesan positif atau ada bintik bintik halus yang akan timbul kat muka.  

Sejak jumpa Safi Rania Gold ni rasanya pencarian tu dah berakhir.  Mula mula beli pencuci muka and krim pelembab siang je, nak try tengok sesuai ke tak ngan kulit.  Setelah 2 minggu guna, rasa serasi.  Kulit nampak lebih cerah & sekata, kurang berminyak and bintik bintik hitam (pigmentation) pun less visible, tak lah hilang terus tapi kuranglah kan... Tak lah jadi lawa cam bidadari, tapi ada laa improvement kat kulit nih hehehe

Tekstur krimnya plak very light, cepat menyerap & tak berminyak.  Setau Mama produk ni ada sijil Halal jadi boleh digunakan tanpa was-was..chewah cam iklan dah pulak ;-)

Set Safi Rania Gold yang Mama guna skarang

Ni Mama list kan apa yang ada dalam set tu & harganya jugak.  Harga ni Mama tengok kat Giant baru baru ni.  Tapi kalau time sales kat Watson atau Guardian, boleh dapat lagi murah.

- Serum - RM33.79
- Pembersih Wajah - RM14.89
- Skrub - RM14.89
- Penyegar - RM14.89
- Krim Pelembap Siang SPF20PA++ - RM22.68
- Krim Pelembap Malam - RM26.89
- Krim Kontur Mata - RM17.89
- Krim Kecantikan - RM10.89 <- yang ni Mama tak pakai.

Kalau nak baca details about each item tu, boleh pegi kat blog Elly & Emmy.

Hmm tu je laa yang Mama nak kongsikan.  Mana tau ada sesapa yang dok mencari cari produk penjagaan kulit yang murah & elok, mungkin boleh mencuba Safi Rania Gold?  Sebagai permulaan, ada set trial pek siang and set penjagaan malam yang harganya tak sampai RM50 each set.  Tapi…kalau tak sesuai ke muka naik jerawat jangan marah Mama plak yer ;-)

23 comments:

GreenAppleKu.com said...

Ngan saya tak sesuai ler Mama, pernah try..sekarang stay ngan BIO ESSENSEN jer. Alah yang produk dia boleh meng V kan muka kita semula tu..

Syuhadah Razali said...

ramai orang ckp safi rania gold utk orang tua..p adah umur 20 tahun pon adah pakai..memang serasi sangt dengan kulit muka..barang mahal xsemestinya menjnjikan hasil yang baik..akk..cuba akk pakai krim kecantikan..adah buat krim kecntikan 2 macam foundation sebelum pakai bedak..

sarah-najwan said...

akak tgh mencari produk yg sesuai skrg ni..nmpk gaya cam nk cuba yg ni la..hehe

skrg akak hanya pkai lipstik je bila kuar rumah..hak lain langsung xapply..

afni+hafiz=dani said...

safi memang best rasa nya. da la murah. afni baru try pelembap safi aloevera, rasa ada perubahan. elok je muka

MaMa CyDa said...

yesss ... vote 4 safi rania gold ...

mama pun pakai nih jugak ...
suka.. suka .. suka ....

~ PIJA ~ said...

salam mama....

kalau org tak sesuai sgt pakai rania..dah cube..so, org kekalkan pakai safi balqis je...dah pakai 10 tahun...:)

anyway produk safi mmg bes..murah lak tu..

Budak Chomot said...

Nak try jugak lahh .
Hee :D

padlie said...

mak saya pakai pembersih dia dan campur ngan produk lain..
ada perubahan kat kulit dia..

Entry terbaru padlie: Bumi kita

Lelord said...

mamanajlaa pun baru jek mencuba

cikgu isza said...

memang bagus produk ni.. saya siap promote kat kawan2 di sekolah..
alih2 deme yang melebih..

Farra Dhelina said...

mcm best je kak!!

tims said...

wow mama good info ni,blh la cuba pasni..
anyway mamatims folow geng sesama jelejah blog ibu..jom singgah n folo saya..tq

Mama Kembar 3 said...

TO ALL: thanks for your comments :-)

JaJa'Z said...

hai mama...jaja dah try produk ni satu set..ntah la..tak berapa nak bagi kesan la...still mcm tu jek...

Wan Zulqhairi said...

of coz laaa... tengok la sape duta produk ni plak..!!! Rita Rudaini.. Macam yg dia ckp... Usia hanya pada angka..

Mama Kembar 3 said...

JajaZ: agaknya tak sesuai sgt ngan your skin type kot dear


Wan Zulqhairi: lerr ni baru mama tau rita rudani tu duta produk nih hehe... dia mmg lawa :-)

kasih wati said...

mama saya baru cuba 3hari,pencuci SRG memang best,toner ngan krim pelembap siang ok,tapi saya tak cuba lagi krim malam,tapi bila saya pakai krim kecantikan muka saya jadi berminyak,kenapa yer,jerawat pun macam mula nak keluar

kasih wati said...

mama saya baru pakai SRG,pencuci muka,toner,dan krim pelembab siang,memang best,tapi bila saya pakai krim kecantikan muka saya jadi berminyak,jerawat mula nak tumbuh,kenapa yer

Mama Kembar 3 said...

Kasih wati: err mama pun tak sure kenapa, but maybe tu tandanya tak sesuai ngan kulit u kot. krim kecantikan tu kan mcm pekat skit kan, tu kot jd berminyak kot

adianiez AIDA said...

aida search google utk SRG ni, tu yg tersinggah sini. salam kenal. aida pun baru nak cuba. bcoz murah. before this aida guna avon jer. bila baca review ni, bertambah la hasrat nak mencuba... tq tq tq...

nota kaki : klik & ziarah ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

Anonymous said...

hai best gak guna safi rania ni, baru je seminggu guna ada perubahan gak.mula2 guna pencuci dengan toner je tapi sekarang dah beli set malamnya.tadi guna pencuci gelnya cuba tapi lambat skit nak bilasnya kena guna skit je kot kalau gel ni.krim mata tengah habiskan safi balqis.so far sesuai je..kekawan pun ada dah mula tegor muka cerah skit..bestnya..cubalah kekawan..

Siti Asiah said...

Asiah pun tgah guna safi rania jugak.br cb pencuci,scrub & pelembab..:)

Nadia Johari said...

sekarang safi ade keluaran terbaru..memang best pkai kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...