Kembali Berdua...Tak Sanggup!

Salam dears,
Si kembar dah masuk tido.  Umah yang seharian meriah dengan hiruk pikuk & gelak tawa si kembar tetiba senyap sunyi... Terus Mama terpikir, camni lah agaknya bila si kembar dah besar nanti, bila diorang bertiga dah masuk universiti serentak.  Kembali berdua je lah Ayah & Mama. Sunyi balik laa umah ni.

Tambah anak?  Adik adik untuk si kembar? Hmm kalau ada rezeki untuk dapat anak lagi lepas ni, memang nak.  Tapi...ikutkan pengalaman, nak dapatkan si kembar ni pun bukannya mudah, 4 tahun menunggu & berusaha.  Empat tahun yang sunyi...

Jadi...sesungguhnya Mama tak lah menaruh harapan sangat untuk dapat anak lagi.  Kalau ditakdirkan rezeki kami setakat dapat si kembar tiga ni je, memang dah bersyukur yang amat.  Ada jugak penyeri hidup ni, bukan satu tapi tiga terus :-)

Tapi...rasa macam masa terlalu cepat berlalu.  I feel like my boys are growing up too fast.  Masih fresh dalam ingatan saat melahirkan diorang.  Kecik halus je badan time tu, nak dukung 3 skali pun no hal.  Skarang ni?  Perghh sorang pun dah rasa nak patah pinggang. 

Sedar sedar nanti masing masing akan move out from our house...masuk universiti.  Tiga orang serentak.  Kalau ada tiga orang anak yang berlainan umur, boleh laa jugak ikut turn..bila yang sulung kluar, masih ada yang  no 2 & 3.  Bila no 2 plak kluar, ada yang no 3 jadi peneman.  Ada laa jugak a few years gap sebagai transition period sebelum umah kembali sunyi.

Kalau si kembar ni je laa rezeki kitorang, bayangkan je laa camna bila anak anak serentak meninggalkan umah ni.  Dah biasa ada 3 heroes di umah,  nanti tetiba...kosong... Bayangkan lah hari ni meriah berlima...tetiba esok dah tinggal Mama & Ayah berdua je.  Mesti akan terasa sangat sunyinya time tu kan?  

Kalau ikutkan hati nak je suh si kembar dok umah sampai bila bila, tak sanggup rasanya nak lepaskan diorang.  Tapi opkos itu tak mungkin kan, life goes on - kids grow up  & they move out.  Hmmm masa mula hidup bersama berdua...and nanti pun akan kembali berdua. 

Korang  pernah tak memikirkan perkara camni?

Labels: