CERITA KREATIF AKU PASAL BEN ASHAARI !

As salam dears,
Mama nak join lagi satu segmen by Ben Ashaari.  Kali ni cerita kreatif pasal Ben plak...tatau laa kreatif ka tak, tapi merapu itu sudah pasti ;-)


Okeh, jom start merapu...
Lokasi: Bilik tidur Mama, Banglo Teratak Kembar ;-)
Masa:  25 tahun akan datang.

Fahmi:  Mama free tak? Kami ada hal nak bincang skit ni.
Mama: Haa ada apa? Cer crita, cer crita... (sambil sibuk dok tenyeh lipstick)
Faris: Errr…sebenaqnya…sebenaqnya…ish cam malu plak nak habaq..
Fauzi: Ler abang Faris ni, tadi bukan main lagi praktis dialog semua, konpiden kata nak jadi wakil!
Mama:  Dah, dah…cakap cepat Mama nak kluaq pi shopping ni, sales dah nak abih dah ni.
Fahmi:  Kami…kami…nak kawin!!!
Mama:  Huh…hampa nak kawin? Serentak???
Fahmi, Faris, Fauzi: Iya Ma!
Mama: Haa baguih laa tu, orang mana?
Fahmi: Orang dekat jaa Ma, Putrajaya
Faris: Sama
Fauzi: Same as above *sengih*
Mama:  Tiga tiga orang sini? Baguih laa, senang nak beraya nanti.  Bapak keja apa?
Faris:  Bapak dia keja besaq kat Gomen, kaya Ma.  Badan pun besaq, macho.  Cek nak pi jumpa pun takut ni.
Fahmi:  Betoi tu Ma, mata ayaq cek pun sama.  Dah laa ada abang sorang, badan ketak ketak cam pak dia jugak.
Fauzi:  Tapi Mak dia okay Ma, tu cek tak takut hehe
Mama: Aik, pasaipa hampa ni dok sambung crita masing masing ni?  Sapa nama mata ayaq hampa ni?
Fahmi:  Siti Nur Diana
Faris:  Siti Nur Dania
Fauzi: Siti Nur Damia
Fahmi:  Abang dia Muhammad Danish
Faris: Depa kembaq empat Ma! 
Mama: Huh! Kembaq empat??? Kalah hampa.  Sapa mak pak depa?  Mama kenai ka?
Fauzi:  Mama kenai Ma, mak dia nama Azila, bapak dia nama Ben Ashaari.
Mama: Errkk??? BEN ASHAARI???
Fahmi:  Alaa Uncle Ben yang Mama suka baca blog dia tu laa
Faris: Kami jumpa mata ayaq kami pun from blog Uncle Ben laa, link blog anak anak dia ada dalam bloglist dia. 
Fauzi: Tu laa Ma, tiap tiap hari Mama baca blog uncle Ben, kami pun tumpang skaki. Mula mula dok baca semua tips tips & nasihat yang dia bagi.
Fahmi:  Lama lama terpikat kat anak anak dia plak.  Usha usha tau tau dapat hehe
Mama:  Uncle Ben mau ka kat hampa???
Fahmi, Faris, Fauzi:  Jom laa kita pi tanya dia… Minggu depan boleh Ma?
Mama: -------- (tak jawab soklan anak anak dah pasai dok syok berangan berbesan dengan Ben Ashaari)

Sekian, terima kasih… 
Jangan marah ye Ben hehe ;-)




Labels: