Mama Ibu Mithali?

Salam dears,
Sebenarnya dah laaaamaaaa dah Mama Najlaa bagi Mama award Blog Ibu Mithali ni.  Tapi Mama simpan jer, sebab rasa diri ni tak layak nak ambik award nih.  Bagi Mama untuk dapat gelaran ibu mithali tu bukannya mudah kerana ianya menuntut pelbagai pengorbanan dari si ibu.  

Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan ibu ibu tunggal yang bersusah payah membesarkan anak anak seorang diri atau ibu ibu yang berjuang against all odds untuk membesarkan anak anak istimewa, maka apa yang Mama buat untuk si kembar ni terlalu kecil, Mama blum sampai ke tahap yang layak digelar ibu mithali.  

Jadi sungguh rasa tak layak nak dapat anugerah blog ibu mithali ni... tapi disebabkan Mama Najlaa dah bagi, Mama ambik gak laa and moga moga ini menjadi satu pendorong untuk Mama berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk si kembar 3 nih, Amin.

Thanks Mama Najlaa for this award.

And Mama nak bagi award ni to Jiey Mien and also to all mothers of superkids and single moms out there, you all are my inspiration.  Mama tabik spring kat korang!  Hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan korang dalam membesarkan anak anak.


p/s - Kalau sudi singgah le http://memoriseorangmuda.blogspot.com

Labels: