Sunday, February 20, 2011

Jus Kranberi Elak Jangkitan Saluran Kencing

As salam dears,
Dalam previous entry Mama pernah crita yang semasa mengandung Mama kena acute urinary retention.  Bila dah kena penyakit tu, terjadi lah jugak jangkitan saluran kencing or urinary tract infection (UTI).  Doktor kata ni kesan daripada banyak bakteria yang terkumpul dalam saluran kencing disebabkan tak leh buang air kecil tu.  So kali ni Mama just nak share skit infor tentang UTI and apa yang Mama buat untuk elak daripada kena UTI lagi.  

UTI memang quite common dikalangan orang pompuan, especially pregnant women (but lelaki pun leh kena gak tau).  Walaupun common, boleh jadi bahaya kalau dibiarkan  melarat sampai menyebabkan jangkitan kat buah pinggang plak.  

UTI ni terjadi bila kuman (bakteria) menyerang saluran kencing.   Diantara simptom simptom biasa UTI ialah kencing dengan kerap, rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing, rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas), rasa sakit di bahagian bawah abdomen, kencing berdarah atau kencing yang berbau dan demam sederhana.  (Source)
 
The picture shows the different stages of urinary tract infection (source).

Diantara simptom yang menunjukkan jangkitan dah melepasi pundi kencing plak ialah bila ada demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil & sakit di bahagian belakang pinggang . (Source) 

Sesapa yang pernah kena tu tau lah camna seksanya rasa kan?  Memang pedih menyucuk nyucuk and rasa cam nak meletup perut pun ada.  Bila pegi toilet rasa macam luka kena siram ngan air garam, pedihhh.  Mama dulu sampai kluar air mata gak laa. 

Biasanya once dah kena UTI, ada kemungkinan ianya boleh berulang lagi.  So salah satu cara Mama untuk prevent it from recurring ialah amalkan minum jus kranberi.  Korang pernah rasa tak jus kranberi?  Kalau yang pure 100% jus tu sangat masam.  Sebab tu kebanyakan ready made jus yang dijual biasanya akan dicampur dengan skit gula & air.

Ni la rupa buah kranberi tu, cantik je kaler kan?

Seelok eloknya amalkan minum 1 gelas setiap hari.  Tapi Mama tak lah buat camtu, cuma at least once a week ja.  And takat beli yang jus kranberi dalam kotak yang jual kat supermarket tu, tak lah plak beli yang mahal 100% jus pun.  

But everytime kalau rasa cam nak kena UTI e.g. kencing tak lawas, then akan cepat cepat pulun minum everyday for at least 1 week hehehe.  Alhamdulillah, so far bila buat camtu dapat laa elak daripada UTI ni berulang.  
Jus kranberi...Mama suka minum yang sejuk.

Aiskrim perisa kranberi pun ada, tapi Mama tak pernah rasa.

Nak tau lebih banyak lagi tentang kebaikan jus kranberi ni?  Korang search je kat En Google, berlambak infor ;-)

Selamat minum jus kranberri.  Tapi jangan lah terover minum banyak sangat  tau, nanti kang sakit perut or dapat penyakit lain plak.  Apa apa pun yang kita buat,  mesti lah bersederhana je kan? :-)


p/s- lagi satu, jangan suka dok tahan tahan kencing, nanti leh kena UTI gak tau.


6 comments:

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

pehh jus beri =p~
wahhhh. lyeah lagi suka minum pati beri brand's tu. sedap sangat !! sebab dia masam2 pahit. hahaa.

Mama Kembar 3 said...

lyeah: suka yg masam ye? camtu u mesti like jus kranberri ni, masam!

PUANSTOBERI said...

Penah kena UTI ni masa baru2 kawen retu. Upss... huhuhu...

myazuluv said...

>> masa awal preggy aritu ada gak kna camni, smpai rasa nk tido je dalam toilet xmo kuar dah..sbb asik rasa nk terkencing...tapi pastu dah okeh..
>> so pasni nk try minum jus kranberri nih, rasa nya ada jual yg dah ready-made kan..

Mama Kembar 3 said...

Puanstoberi: ooo tu yg called as honeymoon uti tu


myazuluv: yup, kat supermarket slalunya ada. tp kalau dpt cari yg 100% juice lagi elok

orensangkuit said...

assalamualaikum

dah penah kena UTI ni, and mmg dokter suruh minum air kranberi.

acik beli kat cold storage saja, lagi murah kalau ikot kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...