Salam dears,
Petang smalam Mama singgah blog Mak Lagenda Mahsuri cuci cuci mata tengok 2 handbag gorjes yang baru dirembatnya. Mama ni pun giler kumpul handbag jugak so Mama tinggalkan lah komen kat Mak tentang handbag organizer yg Mama guna untuk memudahkan aktiviti tukar menukar handbag.
Pagi tadi Mak datang tanya Mama kat mana nak beli? So ni trasa nak crita kat korang plak pasal handbag organizer nih, kot kot laa ada yang belum tau about it kan. Memula meh kita tayang gambar dulu...
Ni lah handbag organizer Mama, segala macam benda ada dalam tuh
Just nice muat dalam handbag
Yang ni Mama beli kat Cosway, murah je. Time tu promotion rasanya harga RM19.90, skarang tatau laa brapa harga. Kalau nak yang lagi cun macam macam color & design, kat Gin & Jacqie pun ada jual. Senang leh beli online ja.
Mama memang kerap tukar & rotate guna semua handbag yang ada. Maklumlah, kenalah berlaku adil kalau tak sian handbag tu dok terperap je dalam almari kan? Dia pun ingin melihat dunia & pegi shopping shopping jugak hehehe... Jadi bila guna organizer ni just kluarkan dari satu handbag & masukkan ke dalam handbag lagi satu, very d easy!
Walaupun ada gak laa kadang kadang kena kutip benda yang berterabur skit skit dalam handbag time main campak je benda. But at least the main things - purse, kunci, tisu, lipstik, eyeliner, buku 555 (ishh ni pun ada haha!) etc etc dah terkumpul setempat dah. Masa Mama memula guna dulu punya laa excited sebab senang sampai tiap tiap hari tukar handbag hehehe... Skarang tak dah la, dah seminggu dua pakai baru tukar :-)
Wokeh, itu saja laporan berita dari Mama untuk para penggemar handbag...tata!
Labels: handbag