Fikir Betul Betul Sebelum Upload!

Salam dears,
Mama baru baca satu article about the social media backlash, tentang the dangers of posting stuff on Facebook, tentang camna apa yang kita post hari ni mungkin datangkan kesan buruk kepada kita suatu hari nanti.  Malah boleh menyebabkan peluang kita nak cari kerja pun terjejas. 


Mengikut artikel tu, seorang pensyarah kat Stanford University kata lately ni dia prasan yang ada dikalangan bekas bekas pelajarnya yang terjejas peluang nak dapat kerja.  Sebabnya ialah "Their drunken Facebook pictures".   It is also written in the article that American employers memang dah lama menggunakan internet untuk dapatkan more information on potential employees.  Mama rasa tak mustahil employers kat Malaysia ni pun buat camtu gak.   

Once kita dah upload something samada dalam FB ke blog ke, dah jadi public and sesapa pun boleh access/tengok.  Maybe kita boleh delete it, tapi mana tau kot kot sebelum tu dah ada orang lain yang copy ke save ke print ke apa ke kan?  Gambar gambar dalam FB/blog plak, maybe bukan kita yang post tapi kawan kita yang letak & abih seluruh dunia leh tengok.  Kalau gambar yang cun sopan santun takpa, tapi kalau yang kurang manis di pandang, hancusss! 

Bagi Mama, the article is a good reminder agar sentiasa beringat ingat & fikir betul betul sebelum post anything kat alam maya ni, be it FB or blog.  Tak kira lah gambar atau pun penulisan kita, termasuklah yang melibatkan orang lain gak, semuanya pasti ada consequences.  Mama ni pun still ada 20++ tahun lagi nak melalui alam pekerjaan nih sementara nak menanggung si kembar tiga abih universiti, aisehhh lamaaa lagi tu....

And Mama juga terpikir yang the internet is more or less a permanent thing kan? Ada kemungkinan yang blog Mama ni akan terus wujud walaupun Mama dah tak ada kat dunia ni.  Kalau betul, bagus juga.  Moga moga bila Mama dah tak ada, si kembar tiga masih dapat revisit & baca blog ni. Sebab blog ni memang kebanyakannya berkisar tentang diorang & I write with lotsa love :-). Mana tau kot kot blog ni dapat jadi tempat si kembar melepaskan rindu pada Mama & Ayah kan?  And boleh laa diorang tunjukkan kat anak cucu diorang plak kan...

Fahmi, Faris & Fauzi, Mama sangat sangat sayang kamu.  Hopefully through this blog you will feel Mama's love forever & ever, my love is eternal...muah muahh muahhh :-)
 

Labels: ,