Si Kembar Tiga Kena Tonsillitis...

Salam dears,
Hari Jumaat lepas Mama ada bagitau yang si kembar tiga Mama ni asyik demam kan... Last Saturday Ayah bawak lah si Fauzi sorang je pi klinik sebab nampak cam dia paling teruk, sebab gusi berdarah skit so Mama panik takut kot kot denggi.  Yang lagi dua mild fever & Mama bagi ubat yang diorang biasa makan je dulu, stok ubat memang sentiasa standby kat umah. Lagi pun nampak diorang tengah tumbuh gigi, so ingat mungkin gak demam tumbuh gigi.

Tapi memandangkan sampai yesterday diorang masih on & off demam (bila bagi ubat baik, bila tak bagi ubat suhu badan naik balik), pagi smalam Mama pun bawak lah tiga tiga skali pi jumpa doktor pakar kanak kanak diorang.  And doktor kata all three kena 'acute tonsillitis'  or jangkitan kuman kat tonsils yang menyebabkan tonsils bengkak & demam.  Ni  first time diorang kena penyakit nih.  Kena makan antibiotik and it will take a few days to get better... :-(


 Agaknya camni lah rupa tonsils si kembar tiga skarang ni...sian diorang kan huhuhu :-(
(pics from: http://www.moondragon.org/health/disorders/tonsilitis.html) 

Patut laa diorang tak brapa nak makan or minum susu sangat these past few days, mesti tekak tu sakit bila nak menelan makanan.  Bila tanak makan, mesti sakit perut  & diorang pun asyik lah meragam & merengek rengek.  Malam smalam both Faris & Fauzi bangun nangis nangis tak leh tido... Fauzi yang selalu nya stakat cakap german celup je pun dok sebut 'akit...akit...'..agaknya sakit sangat lah tu....alahai sedih sangat Mama tengok :-(

Hari ni Mama terpaksa datang keja, sebab cuti dah tak ada...tapi  asyik teringat kat diorang di umah.  Nasib baik lah parents Mama sanggup datang untuk tolong jaga si kembar.  Pagi hari Ahad Mama call my parents, malam tu juga diorang dah sampai dari Kedah. Syukur sangat sangat sebab parents Mama boleh datang, at least lega laa skit bila tak yah hantar ke taska & dijaga di rumah sendiri je.  Bukan apa, kalau kat taska tu ramai budak budak, takut cikgu tak dapat handle plak especially bila diorang meragam. Lagipun takut kang berjangkit kat budak budak lain jugak.  

Masa Mama kecik dulu sebenarnya pernah kena penyakit tonsillitis yang teruk jugak & memang slalu demam.  And terpaksa operate buang terus both tonsils.  Harap harap si kembar tak seteruk tu lah, moga moga this is just a one-off incidence jer.

Moga moga cepat lah baik heroes Mama.  Sebagai ibu, bila anak anak sakit, walaupun  tak seteruk mana, kita pun akan turut terasa sakit nya kan? 

Ya Allah, sembuhkan segala penyakit Fahmi, Faris & Fauzi...moga mereka kembali sihat & ceria seperti selalu, Amin...

Labels: , ,