SAYA SUKA BLOG AWAK LA!

Salam dears,

 

SAYA SUKA BLOG AWAK LA! 

Mama nak join satu lagi segmen yang Mr Ben buat iaitu kena pilih 5 blog yang kita suka sangat masuk & bagitau kenapa.  Aduhh...penat pikir nak list blog mana, sebab blog yang Mama suka masuk lebih daripada 5! hehehe.... At last Mama pilih the following blogs & ini antara blog yang InsyaAllah tiap tiap hari akan di terjah:

1) Ben Ashaari - suka sebab cara penulisan yang menarik, selalu kongsi tips & tak kedekut ilmu tentang blogging, kerap di update jadi sentiasa tertanya tanya apa laa plak Mr Ben nak bebel kali ni hehehe

2) Kerna Kasih Kita - tiap hari terasa nak pergi jenguk perkembangan Rayyan Ian Ariff, an amazing little boy.  Mama pun turut rasa happy bila Rayyan dapat buat sesuatu yang baru & sehari tak tengok dia rasa rindu walaupun setakat kenal di alam maya saja :-)

3) Kemba Tolo - suka cara penceritaan yang selamba & lucu juga, tapi seringkali diselitkan dengan nasihat & unsur keagamaan, seronok tengok gelagat si kembar yang dah besar panjang nih.

4) Dua Hati Menjadi Satu - suka blog ni sebab suka baca tentang anak-anaknya especially si kembar Affan & Afnan yang comel.

5) Cikidong Dong Dong - suka cara penulisan Apak yang selamba & lucu jugak.  Apak mostly tulis tentang kehidupan harian & of course anak terunanya si Cikidong, bila baca Mama selalu tersengih sengih sorang diri.

Mama mengetahui segmen ini dari blog Ben Ashaari sendiri sebab memang sentiasa terjah kan... Jom la ramai-ramai join :-)


Labels: