Sapa pernah operate buang tonsils?

Salam dears,
Sapa diantara korang yang pernah kena operate buang tonsils?  Mama tanya ni bukan sebab si kembar tiga nak kena operate, tapi si aNgAh_aLiFaH ni haaa.  Lepas baca crita tentang si kembar tiga kena tonsillitis, dia bagitau Mama yang dia pun demam and doktor suggest dia operate je buang tonsils, tapi Angah takut & tanya Mama dulu cepat baik ke tidak lepas operation.  Angah suh Mama yakin kan dia untuk undergo the operation.

Aisehhh masalahnya Mama dah tak ingat sebab dah lama sangat. Tak silap Mama operate time darjah tiga dulu.  Yang Mama ingat ialah sebelum operate tu memang selalu sangat demam, and doktor kata tonsils bengkak sangat sampai dah nak bercantum.  Bila makan nasik, boleh terlekat sebijik dua kat tonsils tu tau.   

Tapi yang Mama paling ingat ialah lepas operation tu dapat makan baanyakkkk aiskrim, doktor yang suruh untuk cepat kecutkan bengkak/luka operation tu.  Memang best giler lah! heheheh

So ni Mama nak tanya sesapa yang pernah buat operation buang tonsils,  sudi sudi lah kongsikan pengalaman korang kat sini.

~ Brapa jam operation?  Lama ke kejap je?
~ Brapa lama masa nak sembuh?
~ Apa pantang sebelum dan selepas operation?
~ apa apa saja lah yang berkaitan & sewaktu dengannya

Tapi crita yang baik baik je tau, jangan bagi Angah takut ;-)

 Kalau dapat doktor camni, baru lah risau kan, kan?
(pic from en google)

Labels: ,