Kenangan setahun yang lalu

Salam dears,
Pertama sekali Mama nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada korang semua, moga kita semua akan diberi keberkatan pada hari yang mulia ni. 

Bila time Raya Haji ni, Mama pun terkenang lah lebih kurang setahun yang lalu pada 5 Disember 2009 tarikh bersejarah bagi seluruh family Mama, sebab pada hari tu lah kedua ibu bapa Mama selamat pulang ke tanah air setelah menunaikan ibadah haji. Teringat lagi betapa excited nya masa tu, memang bila nampak je muka my parents, rasa syukur & happy sangat sangat.  Sesapa yang pernah hantar & sambut parents balik dari Haji mesti tau apa yang Mama maksudkan ni, kan?

Ye lah, sepanjang parents kat sana asyik dok teringat jer, kalau boleh tetiap hari kita nak dengar berita daripada diorang kan, sihat ke, lalu makan ke tidak, selesa ke tidak menunaikan ibadah dan macam macam lagi lah.  So bila nampak je muka diorang yang tersenyum gembira, wahhh memang priceless lah, syukur berjuta juta kali kat Yang Maha Esa, tak gitu? :-)

And also, hari tu juga first time my heroes pi ke KLIA.  Memula ingat tanak bawak diorang sebab dah terbayang dah mesti susah nak control.  And memang pun, Ya Allah punya lah letihnya mengejar diorang time tu.  Korang bayangkan je lah, 3 orang budak kecik lari bertempiaran in 3 different directions, walau pun terkedek kedek tapi laju tau hehehe

Diorang bukannya tau nak break ke nak ngelak ke bila ada troli kat depan pun main nak redah jer, risau betul takut kena langgar.  Dah la time tu orang kan ramai dok tolak troli ngan beg besar besar blum tentu nampak budak kecik kemetot dok lari lari kan?  Ada skali tu si Fauzi lari straight nak masuk ke toilet dah (dia bukan tau tu toilet pun), nasib baik sempat nampak dia kalau tak sure gabra tatau kat mana nak cari, isshh risau bila ingat balik.  Nasib baik laa time tu adik beradik Mama ada skali so boleh la tolong tengok tengokkan.  Aduhai anak anak ku yang tatau takut *sigh*

Tapi yang pastinya, walaupun penat tapi berbaloi baloi sebab parents Mama a.k.a. Wan & Opah sangat happy bila tengok anak cucu menanti kepulangan diorang :-)

Wan & Opah bersama 5 orang cucu kesayangan ~ 2 putri & 3 putra
Si kembar dah kena ikat duduk dalam stroller dah, sebab time ni lutut Mama rasa cam nak tercabut dah letih mengejar diorang hehe


Balik dari KLIA kitorang pi lepak kat umah abang Mama and berlangsung lah upacara minum susu beramai ramai :-)

Time tu si kembar tiga pun sama botak cam Wan, kata geng kan
Bila botak, muka pun nampak d very cheeky jer hehe

~TAMMAT~ 

Labels: ,