Fauzi mengganas!


Salam dears...
Hari ni Mama nak kongsi satu berita sensasi tentang si kecik bongsu Mama si Fauzi tuh. 

Lately ni dia semakin ganas menggigit sampai cedera parah mangsa dia. Dia menggigit dengan penuh semangat sepenuh hati ala ala makan ayam KFC, dikunyahnya tanak lepas!

Time tido malam pun dia teruskan keganasan dia tu.  Tetiap pagi bila Mama kutip mangsa dia, Mama rasa sedih...sebab tiap kali mangsa dia cedera, poket Mama pun akan turut cedera parah jugak :-(

Mari kita lihat gambar mangsa si Fauzi yang cedera parah
-
-
-
-
-
-
-
-
 
Tu dia haa sampai tercabut terus...
ishhh Mama pun tatau la dia dah tertelan ke tidak, risau gak ni


Salah satu aksi Fauzi ketika sedang mengerjakan mangsanya
Mesti mengamuk or lari keliling umah bila Mama nak ambik botol tu dari dia 


Saksi no 1 yang buat dek je bila disoal siasat


Saksi no. 2 plak menangis tanak beri kerjasama bila ditanya hehe

Oleh kerana Mama tak mampu nak support keganasan si Fauzi nih, terpaksa lah Mama cari pengganti yang lebih murah

Dulu pakai brand Avent, mahai dik ooiii...satu set puting (2 pcs) dah RM19.90, tetiap minggu kena tukar baru.  Skarang pakai brand Pureen ni baru RM6.50 per set, siap beli botol baru skali tuh...
Kini lega lah skit poket Mama.  Harap harap jangan laa berterusan perangai si Fauzi nih...

Korang ada tips tak camna nak stop kan budak daripada dok gigit puting camni?
If ada, share kan tips please....



Labels: ,