Bukan senang nak dapat anak

Salam dears…
Baru baru ni terbaca berita tentang wife pelakon Adyputra tu keguguran kembar tiga.  Sedih rasanya bila baca tu. Dah la itu kali ke 4 dia peknen.  Tapi itu takdir Tuhan, kita sama samalah doakan moga dia & isteri tabah hadapi dugaan ni.  Mama boleh faham perasaan dia, sebab pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama.  Mama & Ayah pun menunggu almost 4 years & had 2 failed pregnancies sebelum dikurniakan si kembar tiga ni.

Sejak buat blog ni, bila tengok si kembar tiga, ramai gak kawan kawan blogger yang belum ada anak suarakan rasa teringin nak anak…masing masing berdoa semoga penantian diorang cepat berakhir. Bila Mama baca komen & blog diorang, memang Mama faham perasaan diorang.  So tergerak plak hati ni nak berkongsi crita pengalaman Mama & Ayah kat sini.

Mama dari dulu memang sukakan budak budak especially babies, so bila kahwin terus berharap nak cepat dapat anak.  Mama kahwin December 2004 & lepas tu almost every month kalau period lambat jer Mama buat home pregnancy test. Tiap tiap kali test negative mesti frust.  Orang sekeliling pun dah ramai bertanya soalan cepu mas…dah ada isi ke blum?  Nasib baik mak Mama, mak mertua & hubby semua jenis yang understanding, tak pressure.  Mak mertua Mama kata takpa laa, kot kot 4 tahun nanti baru dapat (cam ada sixth sense je dia kan?).  Lagipun, dalam articles yang Mama baca, semua kata kalau umur bawah 35 tahun, lepas dah setahun kahwin blum dapat anak baru lah disarankan pi jumpa doctor.  Kalau umur 35 tahun & keatas plak, lepas 6 bln pi jumpa doctor.  So Mama pun teruslah menunggu.

Kali pertama pregnant bulan 9 tahun 2005, memula Mama tak tau pun yang sebenarnya pregnant.  Sebab time tu period datang on time cam biasa.  Cumanya pelik skit coz after 1 week stop & datang balik.  Time tu tak ambik kisah sangat, ingatkan biasa laa period bengong.  Satu hari rasa sakit so pegi check, rupa-rupanya mengandung luar rahim or ectopic pregnancy.  Bila scan tak nampak apa apa dalam rahim tapi bila buat pregnancy test ada a very faint line, pastu buat blood test tengok HCG level memang konpem pregnant.   So kena operate & tiub fallopio kena potong sebelah sebab dah rosak.


 gambar dari en google

Sebenarnya sebelum nak konpemkan ectopic pregnancy tu, Mama pegi ke satu klinik pakar tapi doktor pakar salah diagnose! Katanya Mama tak pregnant but having some hormonal imbalance apa ntah sebab tu rahim bleeding.  Dapat detect pun sebab Mama yang risau & try to find out more about my blood test, sendiri baca result & search internet untuk dapatkan infor.  Bila tanya ngan doctor, baru dia tersedar yang rupa-rupanya dia tersalah baca result blood test Mama. Disebabkan kecuaian doctor tu, Mama terpaksa tanggung sakit almost 2 weeks sebelum operate.  Tu belum kira lagi emotional distress sebab time tu risau rahim bleeding  tapi tatau sebab apa, dalam kepala ni dok ingatkan cancer je.  Hmm sampai bila bila pun Mama akan ingat doctor tu.   Kalau korang nak tau lebih banyak tentang ectopic pregnancy, pi lah baca kat sini:

http://www.babycenter.com.my/pregnancy/complications/ectopic/
http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/your_pregnancy/ectopic.html

Yang ni plak contoh kes 'kandungan' luar rahim yang paling teruk hehehe
gambar dari en google

Anyway, sambung crita.  Lepas dah operate Mama memang sedih sangat sangat, rasa down jer.  Ye laa, dah la blum ada anak, tiub plak tinggal sebelah je & chances nak dpt anak pun dah berkurangan.  Time tu kalau nampak orang pregnant ke nampak baby ke, asyik rasa cam nak nangis je. Seboleh bolehnya Mama ngelak kluar umah sebab takut tak leh control nangis in public. Memang time tu emosi tak tentu arah lah. Alhamdulillah, tak berpanjangan camtu.  If not, mau mereng dah Mama skarang ni hehe

A few months after that Mama & Ayah start usaha nak dapat baby.  Macam macam la try, antaranya pegi jumpa doktor, pergi berurut tradisional, ambik minuman herba untuk kesuburan & ntah apa apa lagi lah Mama pun dah tak ingat.  Dalam masa yang sama Mama banyak pujuk hati sendiri supaya sabar.  Bila dok cari infor tentang ectopic pregnancy & kehamilan, Mama jumpa ramai lagi orang yang sama kes cam Mama, malah ada yang lebih lama kahwin & dah usaha macam macam pun blum ada rezeki.  Tapi diorang okay je, tak salahkan takdir pun.  Dari situ Mama rasa insaf & lama kelamaan redha je. And bila dah redha hilang lah rasa tensen

Doktor kata bila kita tak tensen, lagi senang nak ngandung.  Mungkin betul sebab time tu lah Mama ngandung kali ke-2. Unfortunately, gugur plak masa kandungan lebih kurang 3 minggu.  Time tu Mama redha je & tak sedih gila gila cam the 1st time.  Rasa terkilan skit tu ada lah, tapi tak sedih or tensen.

Kali ke-3 pregnant plak, memang tak dijangka langsung sebab baru a few months lepas keguguran & kitorang plan nak rehat jap dari trying for a baby.  Time tu kitorang memang releks je tak pegi jumpa doctor ke apa ke, tup tup ngandung lagik… and terus dapat si kembar tiga nih.  So betullah kata doctor, kalau tensen lagi susah nak ngandung… kena releks jer :-)

Untuk pasangan diluar sana yang masih belum ada anak, sabar lah ye, belum sampai rezeki lagi tu.  Mama tau, bukan senang nak control emosi sebab kita manusia biasa, skali skala hati mesti tersentuh & terasa bila orang sekeliling bertanya, atau bila tengok orang lain happy dengan anak anak pun kita kekadang jadi teringin sangat & tertanya-tanya bila laa pulak time kita nak merasa kan?

Mama dulu pun time mood baik jawab belum ada rezeki.  Time sentap, senang je terkluar jawapan jawapan 18SX dari mulut ni sampai terus terdiam cik kiah cik kiah semua hahaha!  Tapi cuba sabar laa ye, it gets better with time.  Lama kelamaan hati kita akan tenang & dapat terima bahawa memang betul belum ada rezeki.

Bagi Mama, yang paling penting skali ialah REDHA.  Usaha, pastu tawakal dan redha dengan ketentuan Allah. Yakin lah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.  Rajin rajin la buat solat hajat minta dikurniakan anak.  

Untuk orang sekeliling plak, please be sensitive.  Ingatlah, sapa yang tak nak anak kan? Setiap pasangan berkahwin mesti mengimpikan gelak tawa anak anak untuk lebih menceriakan rumah tangga.  So tak yah lah tanya lebih lebih or buat komen yang menyakitkan hati, sebaliknya beri lah kata kata semangat & sama sama tolong doakan.  Jangan mengutuk, keji atau buat spekulasi yang bukan bukan, hari ni hari dia, sapa tau ntah ntah in future anak pinak kita pulak yang diduga dengan lambat dapat atau tak ada zuriat?

Okeh, dah panjang Mama ngomel nih... dah letih dah menaip… Tata :-)


Labels: , ,