Advertise Here

Advertise Here

Hot Product One Stop Center

Thursday, July 2, 2015

Gelagat Si Kembar 3 Berpuasa

Salam dears,
Pejam celik, pejam celik, dah masuk hari ke-15 kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu kan? Alhamdulillah, setakat ni si kembar 3 berjaya puasa sepenuh hari. Walaupun bila petang tu buat laa perangai skit, merengek lapar dahaga, siap melepek baring atas lantai dapur penat sangat laa kununnya hehe. 

Bila diorang buat camtu, Mama masih guna taktik yang sama macam tahun lepas - biar diorang pilih sendiri nak puasa ke tidak. Bila ditanya, confirm semua akan jawab "nak puasa".

Alhamdulillah bangun sahur pun senang. Diorang makan tak banyak, tapi boleh laa setakat alas perut. Pastu pakat ceria pot pet pot pet berborak & sambung tengok TV. Kadang tu sampai Mama kena tegur diorang supaya jangan kecoh sangat, baru pukul 5 pagi laa sayang oiii, bukan 5 petang! Terkejut jiran jiran kang hehehe


Kami puasa tau, yayyy!

Menu berbuka kegemaran si kembar 3 ni pun benda yang simple ja. Kalau boleh tiap tiap hari nak makan roti canai. Sampai nangis nangis tau kalau Mama tak beli. Abih tu, muak laa gak tiap hari roti canai je kan, so 'paksa' juga lah diorang makan benda lain. Pastu suruh makan vitamin sebagai supplement.

Air pula, tiap tiap hari waktu berbuka & sahur mesti nak minum teh O ais, senang! Lega poket, leh buat sendiri kat umah. Kalau diminta capuccino blended tiap hari mau bengkok mak nya ni hahaha

Hmm teringat hari tu, lepas minum teh O ais tu si Faris dengan senyuman semanis gula, puji "Mama pandai buat teh O ais, sedap!". Kembang montot jap mama nya ni kena puji. Tup tup si Fahmi menyampuk "alaaa uncle roti canai tu pandai buat teh O ais jugak, semua orang pun pandai buat". Cakap dengan nada berlagak ek-elehh-teh-je-pun-tak-heran... Cisss bertuah punya budak, potong stim betul lah, baru nak perasan pandai buat air hehe

Hmmm... agaknya kena pandai buat roti canai baru dia nak kagum kot. Ok lah...nak belajar tebar roti canai lah *senteng lengan baju, bukak you tube cari tutorial!*

Pandangan biasa sebelum waktu berbuka puasa, mesti ada sorang yang berdrama gitu hehe ;-)

Wednesday, July 1, 2015

Mama Kembar 3 di TV Al-Hijrah Esok!

Salam dears,
Sejak melahirkan kembar 3 dan sejak berblog ni, macam macam peluang dan rezeki yang tak terjangka Mama dapat. Sebelum ni dah beberapa kali kami berpeluang muncul dalam Majalah Pa&Ma. Si kembar 3 pernah jadi penghias kulit, kami sekeluarga masuk ruangan 'Famili' edisi pertama Pa&Ma Genius, dan Mama juga dijemput sebagai penulis jemputan 'Diari Blogger'. Sungguh, benda yang tak pernah jangka akan dapat buat tau, Alhamdulillah.

Dan baru baru ni, lagi satu rezeki Allah bagi, dapat jemputan untuk muncul di kaca TV pula. Masa mula mula dapat e-mel daripada krew TV AL-Hijrah, Mama macam tak percaya saja. Siap tanya Ayah ni prank ke apa ni? hahaha! Nasib baik Ayah suruh jawab email tu untuk dapatkan maklumat lanjut. Alhamdulillah, yup betul, Mama Kembar 3 dijemput untuk muncul di program 'Masam Masam Manis', satu program baru di TV AL-Hijrah! 

Bila dah confirm dengan TV Al-Hijrah, seriously aii nervous tahap gaban! Walaupun dah diberitahu bahawa ni rakaman saja, bukan siaran langsung, Mama tetap ketaq lutut peluh tiak hahaha. Sampai beberapa kali juga timbul rasa macam ehhh nak cancel je la, aii takut hoihhh!

Ye laa...mana pernah beraksi depan kamera. Nervous sangat sampai tanya Ben Ashaari, sebab dia kan dah biasa muncul di TV. Ben kata just relax & jangan risau krew TV AL-Hijrah cool & baik baik je. Kalau silap cakap pun diorang tak marah & boleh reshoot hehehe. Pagi sebelum ke studio tu pun kawan kawan #KelabBloggerBenAshaari bagi sokongan moral juga, lega skit rasa.

Masam Masam Manis, TV Al-Hijrah, setiap Khamis jam 11.30 pagi

Sebenarnya beberapa hari sebelum shooting, krew TV Al-Hijrah ada bagitau apa topiknya so Mama bolehlah cuba bayangkan apa soalan yang akan ditanya & apa pula jawapan Mama. Siap points skit lah kan. Tapi kan....on the day itself semasa shooting tu, Mama rasa Mama cakap ntah apa apa je! Berterabur bercampur campur cakap Bahasa Malaysia & English. Pastu lain ditanya, lain dijawab pun ada huhuhu.

Sebabnya, si kembar 3 ni tak duduk diam! Diorang teruja sangat dapat masuk studio, tengok kamera & nampak muka sendiri kat TV! Even masa shooting, kamera tengah rolling tu diorang boleh kejap bangun kejap duduk, pegang pegang mike, tarik tarik bean bag yang ada kat situ. 

Pastu kan, ada satu masa tu tiba tiba je si Fahmi ni dengan selambanya cakap "lamanyaaa! bila nak balik ni?". Huwarrghhh Mama yang tengah menjawab soalan masa tu, terus berterabur idea apa yang nak cakap huhuhu *nangissss*. Harap harap diorang boleh edit & cut lah part tu.

Adehhh...satu pengalaman berharga yang masam masam manis betul lah, sesuai sangat dengan nama program tu juga 'Masam Masam Manis'! hehehe ;-)

Mengintai dari pintu je sebab rakaman sedang berlangsung

Krew TV Al-Hijrah paling muda ke ni? hehe

Menyibuk ;-)

Touch-up skit bagi encem hehe

Mama sekeluarga berterima kasih sangat sangat kepada TV Al-Hijrah, Pn. Nora, pengacara Mas Muharni & Muniff Isa, juru mekap, serta semua krew program Masam Masam Manis. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Terima kasih atas layanan mesra & kesabaran semua krew dengan kerenah kami sekeluarga. Korang memang terbaik!

Haaa...korang jangan lupa tonton Mama merapu meraban dalam program Masam Masam Manis di TV Al-Hijrah esok, Khamis 2 Julai 2015, pada jam 11.30 pagi tau *lari nyorok belakang pintu, malu!*

Tuesday, June 30, 2015

Resepi Kek Batik Mudah Untuk Berbuka Puasa

Salam dears,
Masa berbuka puasa, Mama mesti nak makan sekurang kurangnya satu jenis hidangan benda manis. Tak kisahlah kuih, kek atau agar agar. Salah satu hidangan yang jadi kegemaran Mama & kembar 3 ialah kek batik. 

Kalau beli, orang jual kek batik ni agak mahal juga kan. Jadi Mama biasa buat sendiri saja. Jimat skit boleh buat banyak banyak, baru puas makan. Lagi pun resepi cara nak buat kek batik ni sangat lah mudah & kejap je dah siap. Untuk orang yang malas masak cam Mama ni memang sesuai lah sangat hehe. So ni meh nak kongsikan resepi & cara buat kek batik yang super simple ni:

Bahan-bahan:
1 peket biskut Marie
1 ketul butter 250gm
2 cawan Milo
1/2 tin susu pekat manis

Cara-caranya:

Patahkan biskut Marie tu, patah 4 pun ok

Elok guna kuali yang agak besar supaya senang nak kacau bahan bahan nanti.
Mama masukkan terus seketul butter tu sampai butter cair & mendidih skit.
Guna api sederhana saja.

Masukkan 1/2 tin susu pekat manis pula.
Kacau sampai mendidih.

Masukkan milo & kacau laju laju, sepantas kilat supaya tak berketul ketul.
Masak sampai mendidih skit. Masa ni naik bau harum semerbak & tekstur coklat cair yang memang menggugat jiwa hokey. Cabaran betul masak kek batik ni di bulan puasa hehehe

Pastu masukkan biskut marie & kacau rata, sampai semua biskut dah diselaputi 'kuah' tu. Jangan lama sangat, nanti biskut tu lembik.

Padamkan api. Tuang adunan siap masak tu ke dalam bekas & tekap dengan senduk/sudu bagi mampat. Biarkan sejuk skit, lepas tu masukkan dalam peti ais.
Sukati korang lah nak guna loyang ke tupperware ke bekas aiskrim 'recycle' ke.
Tapi jangan guna tupperware brand mahal mahal, kang masa potong takut calar bekas pisau plak nanges tak berlagu nanti.

Rupa tak lawa, tapi rasa sedappp! 
Yang penting anak anak suka. Ok laa kan? ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...